Thursday, 11 July 2013

Falsafah Pendidikan Negara


"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah mempekembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Maklumat tentang kami !!!


Alamat :-

SMK Ulu Kinta
Jalan Pasukan Polis Hutan,
31150 Ulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.

No telefon sekolah :-

605 - 533 1363

Bilangan Guru :-

126 orang

Bilangan Pelajar :-

1645 orang


Piagam Pelanggan

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta dengan penuh tekad dan iltizam akan memberikan perkhidmatan sebaik-baiknya seperti yang berikut :

·     1.  Pergerakan guru dari kelas ke kelas tidak lebih dari 5-7 minit
·      2. Guru pastikan masuk ke kelas tepat masa
·      3. Setiap warga sekolah melayan tetamu / pelawat dengan ramah mesra
·      4. Semua warga menghormati antara satu sama lain setiap masa dengan salam   atau senyuman
·      5. Setiap kerenah pekanggan dilayan dengan sabar
·      6. Setiap maklumat / data yang diperlukan oleh PPD, JPN dan KPM dilaksanakan dalam tempoh masa      yang dikehendaki
·      7. Menyediakan suasana fizikal yang baik dengan meningkatkan keceriaan dan keselamatan sekolah

Mengapa saya kata sekolah ini hebat dan menyeronokkan?

Wednesday, 10 July 2013

SMK Ulu Kinta - Sekolahku

Pemandangan di SMK Ulu Kinta

Sejarah SMK Ulu Kinta



SMK Ulu Kinta terletak dalam mukim Ulu Kinta, Perak. Kedudukan sekolah adalah di antara Institut Perguruan Ipoh Perak dengan Kem Pasukan Gerakan Am, Briged Utara. Terletak lebih kurang 23KM dan pusat bandaraya Ipoh dansekitar 5KM sahaja dari pekan Tanjong Rambutan.



1975                Pembinaan sekolah bermula

1976                Blok bangunan A,B, C dan kantin sekolah siap dibina

1977                Sesi persekolahan bermula dengan pengambilan pelajar kelas Peralihan dan Tingkatan 1. Sekolah dikenali sebagai SMR Ulu Kinta. Moto sekolah diperkenalkan sebagai “Berusaha Bergiat Berjaya”

1978                Temasya Sukan Tahunan diperkenalkan

1979                Peperiksaan SRP pertama dijalankan

1984                Bangunan Sementara Blok E didirikan

1986                Bangunan Blok F, G dan H telah disiapkan

1987                Tingkatan 4 sastera dimulakan. Sekolah dikenali sebagai SMK Ulu Kinta

1988                Peperiksaan SPM telah dijalankan

1989                Bangunan Blok F, G dan H telah disiapkan. Tingkatan 4 Sains dimulakan

1990                Bangunan Blok I dibina

1991                Bangunan Blok I telah digunakan

1993                Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan diperkenalkan

1995                Sekolah dinaikkan ke taraf Ged A

1997                Moto sekolah berubah ke “Berusaha Beramal Berjaya”

1998                Blog Bangunan kilat (4 buah kelas) mula digunakan

1999                Blok Bangunan Kilat mula digunakan

2000                Blok Bengkel Teknologi Kejuruteraan siap dibina. Bilangan pelajar paling ramai iaitu 3,700 orang

2001                Lebih kurang 1,200 orang pelajar telah berpindah ke SMK Tanjong  Rambutan. Matapelajaran Teknologi Kejuruteraan diperkenalkan. Visi Kecemerlangan sekolah dikenali sebagai “Wijaya Perkasa”. Kapal terbang sebagai simbol perdana sekolah siap dibina dan digunakan.

2002                Mata pelajaran Landskap & Nurseri serta bilik Vokasional siap dibina. Matapelajaran Landskap & Nurseri serta Katering & Penyajian bermula. Blok baru 3 tingkat 12 bilik darjah siap dibina dan digunakan. Rumah Pendidikan siap dibina. Bangunan Makmal Komputer Sekolah siap dibina dan digunakan

2003                Pembinaan bola gergasi Sepak Takraw sebagai lambing 3SK sekolah. Menerbitkan buku catatan pelajar “Wijaya Perkasa Perak Gemilang”. Bahagian tepi Blok A dijadikan mercu tanda sekolah. Peperiksaan STPM buat pertama kalinya dilaksanakan di sekolah ini.

2003-2004       Mewujudkan sudut computer guru. Mengubah suai bilik Cetak.  Menaik taraf    Bilik Penolong Kanan Kokurikulum.
MenceriakanPejabat Pentadbiran.
Mengecat Bangunan Blok A dan Blok C.
Membina tempat meletak basikal pelajar yang berkunci.
 Membina pondok Pengawal Keselamatan.
Mengubahsuai BilikCetak menjadi Bilik Jahitan.
Mengbahsuai Bilik Darjah         menjadi Bilik SPBT.
Membina Dataran Kejat dan menurap     jalan dari pintu masuk sehingga ke Blok B. Menaik taraf Pusat Sumber Sekolah

    2005            Aspek Fizikal
                        Mengubahsuai bilik darjah menjadi bilik rawatan. Membina pentas perhimpunan yang baru.
Menaik taraf bilik.Guru.Menaik taraf bilik Guru Kanan.Menaik taraf tandas guru

                        Program Induk SekoLah
            Pelancaran semula program budaya membaca
Program sinar - keceriaan kelas-kelas.

WaterLily-05-june.gif